Ainries Sdn Bhd

Syarikat kami telah ditubuhkan pada 14 Jun 2018, di mana setelah 2 tahun berada dalam milikan tunggal (Enterprise). Secara asasnya, syarikat ini merupakan syarikat yang mengeluarkan dan memasarkan produk-produk yang berkualiti tinggi hasil daripada khasiat durian belanda merangkumi produk kesihatan diri. Rangkaian produk Ainries Sdn Bhd termasuklah minuman, makanan, diet tambahan, produk isi rumah, pengjagaan kesihatan peribadi dan pelbagai jenis produk lain.

Tujuan utama syarikat ini ditubuhkan adalah untuk menghasilkan produk kesihatan dan pengjagaan diri yang berkualiti menggunakan khasiat durian belanda dan herba-herba terpilih. Kami sentiasa memastikan produk-produk keluarkan kami dan produk lain yang dipasarkan mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan halal dariapada JAKIM

Misi

  1. Menyediakan produk kesihatan yang berkualiti tinggi
  2. Menyediakan medium jualan produk kesihatan atas talian dengan teknologi terkini
  3. Menyediakan dan memasarkan produk mengikut kehendak pengguna

Visi

Menyediakan produk kesihatan bumiputera yang berkuliti tinggi serba berasaskan herba dan makanan sunnah yang terpilih. Bukan sahaja mensasarkan keuntungan, tetapi kami juga ingin mencipta kesedaran dan kefahaman dalam masyarakat. Selain itu, kami juga ingin menjadi sebuah syarikat yang memberi kesedaran terhadap kebaikan produk semulajadi serta keselamatannya supaya kita dapat persekitaran yang lebih sihat dan terpelihara.

Objektif

Objektif syarikat Ainries Sdn Bhd adalah untuk menjadi sebuah pengeluar dan memasarkan produk kesihatan secara efektif. Inovasi yang berkualiti menjadi faktor utama disebalik operasi syarikat dan telah membantu syarikat dalam penghasilan produk terbaik untuk pelanggan kami.