Khasiat Durian Belanda

Durian Belanda atau lebih dikenali sebagai Annona Muricata merupakan sejenis buah tempatan yang semakin mendapat tempat perhatian petani masa kini. Ini disebabkan buah durian belanda dikatakan mempunyai kelebihan tersendiri dalam mengawal sel kanser dan didakwa mampu merawat pelbagai penyakit.

Sebenarnya durian belanda terlalu banyak khasiat untuk diperkatakan.

Isi buah Annona atau durian belanda yang lembut dan agak berair memang sedap samada di makan begitu sahaja atau dibuat jus. Harganya di Malaysia boleh dikatakan agak mahal disamping amat sukar ditemui. Selain Asia Tenggara, durian belanda juga ditanam di Afrika dan Florida. Negara asalnya ialah Amerika Selatan.

Kebanyakkan pokok durian belanda ditanam di halaman rumah sebagai pokok hiasan. Secara komersil pola, pokok durian belanda ditanam di kawasan dengan saliran yang baik. Pokoknya setinggi 8 hingga 10 meter. Sebiji buah durian belanda boleh mencapai berat 3kg.

11 Manfaat Durian Belanda

#1 – Diperkaya dengan vitamin C, vitamin B dan beberapa nutrien lain yang tinggi antioksidan.

 #2 – Selain buahnya, khasiat daun durian belanda juga sangat banyak. Antaranya, ia dijadikan bahan untuk tujuan perubatan alami.

#3 – Daunnya boleh dijadikan teh yang bagus untuk kesihatan di mana ia membersihkan perut dan memastikan sistem gastrousus untuk berfungsi dengan baik.

#4 – Teh daun durian belanda juga telah lama dijadikan bahan untuk mengurangkan stres dan kebimbangan. Ini sekaligus membantu mereka yang mengalami masalah sukar tidur atau insomnia yang selalu terjadi kepada mereka yang mengalami stres dan kebimbangan.

#5 – Anti keradangan yang ada daripada durian belanda boleh melegakan kesakitan sendi seperti yang berlaku akibat gout dan artritis.

#6 – Jika anda mengalami masalah berpunca daripada pernafasan seperti batuk, selesema dan yang berkaitan, pengambilan buah durian belanda boleh membantu menyembuhkan penyakit tersebut.

#7 – Biji durian belanda boleh dijadikan serbuk yang kemudian diformulasikan menjadi astringen kulit. Ia membantu mengurangkan garis dan kedutan pada wajah, lantas membaiki tanda-tanda penuan seperti bintik pada wajah.

#8 – Kajian menunjukkan durian belanda membantu mengelakkan penyakit kanser dan dikaji sebagai alternatif kepada rawatan kanser.

#9 – Sedikit buah durian belanda dalam diet anda dapat memberi kesan kepada kesihatan. Vitamin C merangsang pembentukan sl darah, manakala antioksidan meneutralkan radikal bebas dan menghalang penyakit kronik.

#10 – Durian Belanda berkesan membersihkan salur gastriusus dan membuang lebihan toksin serta garam dari dalam tubuh.

#11 – Durian belanda bagus untuk meningkatkan sistem imun tubuh.

Kepada anda yang ingin menikmati khasiat durian belanda sebenar, anda boleh dapatkan Jus Durian Belanda Graveen. Klik link ini untuk dapatkannya –> http://ainries.com/jus-durian-belanda