7 Sebab Mengapa Anda Selalu Rasa Kebas-Kebas Di Tangan Dan kaki

Pernah tak lihat mak atau ayah anda selalu rasa kebas-kebas di bahagian tangan atau kaki?

Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat. Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki (kebas kaki).

Pengenalan Kebas-Kebas

Kebas-kebas adalah keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan deria rasa kulit (sensation). Keadaan ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh irritasi saraf atau saraf periperi terhimpit.

Ramai pasti pernah rasa kebas-kebas, kebas-kebas kaki, rasa tegang dan semut-semut di bahagian kaki. Situasi ini mungkin kerap berlaku jika korang duduk pada posisi salah atau berdiri terlalu lama (berkawad).

Dr Anthony Geraci, pengarah Pusat Neuromuscular di Inistitut Kesihatan Sains-neuro di Manhasset, New York, berkongsi bersama laman sesawang Health.com “Jika seseorang mengalami rasa kebas-kebas dan semut-semut lebih dari seminggu dan melibatkan lebih dari satu tubuh badan, ia mungkin membayangkan sesuatu (yang lebih serius).”

Punca Kebas-Kebas

#1 – Saraf Terhimpit

Urat saraf boleh terhimpit oleh otot, tendon, tisu dan tulang yang berdekatan dan mengakibatkan pelbagai rasa. Ini antara sebab paling lazim bagi rasa kebas – kebas di kaki. Ia boleh disebabkan pelbagai perkara, termasuk kecederaan.

#2 – Hernia Cakera Tulang Belakang

Tulang belakang manusia disambung dengan cakera pepejal. Apabila cakera ini teranjak, ia boleh mengakibatkan hernia pada tulang belakang, ‘slip disk’ atau cakera teranjak.

Keadaan ini boleh disebabkan oleh badan yang bongkok terlalu banyak atau mengangkat berat dengan posisi yang salah. Akibatnya, urat saraf akan terhimpit dan menyebabkan rasa kebas-kebas dan semut-semut pada bahagian badan dan kebas kaki.

#3 – Kencing Manis

Apabila tahap gula dalam darah tidak terkawal pada jangka waktu tertentu di kalangan penghidap penyakit kencing manis, gula berlebihan tidak ditukarkan kepada tenaga atau lemak boleh terkumpul dan merosakkan saraf yang menyampaikan mesej reflaks dari otak dan tulang belakang ke bahagian badan yang lain, termasuk kaki. Apabila saraf rosak kebas – kebas kaki berpotensi berlaku. 

#4 – Strok

Tidak kira usia, inilah antara simptom angin ahmar (strok): percakapan kurang jelas, rasa kebas-kebas dan kelemahan atau tidak boleh bergerak pada kebas-kebas bahagian badan. Simptom-simptomnya akan datang secara tiba-tiba dan lebih kerap berlaku pada individu berisiko tinggi, seperti yang menghidapi penyakit darah tinggi, perokok dan pesakit kencing manis.

#5 – Penyakit Arteri Periferal (PAD)

Penyakit arteri periferal (PAD) berlaku apabila arteri tersekat dan menghalang aliran darah ke tangan dan kaki. Selain mengakibatkan rasa kebas-kebas dan semut-semut, PAD juga mengakibatkan rasa sakit ketika berjalan.

PAD selalunya menandakan terdapat pengumpulan lemak dalam arteri, yang boleh mengakibatkan serangan jantung atau angin ahmar pada masa depan.

#6 – Kekurangan Mineral Dalam Badan

Tubuh kekurangan vitamin. Vitamin E, B1, B6 dan B12 dan niasin sangat penting untuk fungsi saraf yang sihat.

Kekurangan mineral menjadi penyebab kepada masalah saraf ni, jadi jangan abaikan pengambilan vitamin & mineral penting untuk kesihatan saraf, takkan nak tunggu sampai dah terlantar baru nak tercari-cari penawar, macam dah terlambat jer nanti kan?

#7 – Anemia (Kekurangan Darah)

Ramai dikelangan wanita (ibu-ibu yang hamil) mengalami anemia ini kerana berpunca daripada kehamilan memerlukan lebih banyak darah untuk menyokong pertumbuhan bayi, penghasilan darah haid berlebihan menyebabkan kehilangan darah dan ketumbuhan seperti fibroid dalam rahim.