Keadaan Jerebu. Apa Nak Buat?

Sesetengah orang apa bila keadaan menjadi jerebu, tak tahu nak buat apa. Malah, ada yang masih tidak sedar bahawa jerebu boleh menjejaskan kesihatan yang serius dan lebih teruk boleh membawa maut.

 

Nasihat kesihatan kepada secara umum untuk mencegah penyakit jerebu.

  1. Orang ramai dinasihatkan berada dalam bangunan

  2. Kurangkan aktiviti lasak diluar.

  3. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.

  4.  Orang ramai dinasihatkan banyak meminum air

  5. Mereka yang menggunakan kenderaan berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.

  6.  Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang menggunakan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.

  7. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesa, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah kronik.

  8. Perokok dinasihatkan berhenti merokok. Ermmm..part ni paling susahkan..

  9. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.

 

Bacaan Indeks pencemaran udara IPU

0-50 – Baik

51-100 – Sederhana

101-200 – Tidak Sihat

201-300 – Sangat tidak menyihatkan

301-400 – Berbahaya

401-500 – Berbahaya. Pencemaran sangat tinggi.

500 – Darurat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *