Kolesterol adalah sejenis lemak yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan anda boleh menghasilkan kolesterol dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan. Terdapat dua jenis kolesterol iaitu kolesterol ‘baik’ dan ‘buruk’.
Kolesterol baik dipanggil HDL (High Density Hipoprotein) – Membawa kolesterol dalam darah kembali ke hati dan kemudiannya akan memproses kolesterol serta mengeluarkannya daripada tubuh.
Kolesterol jahat dipanggil LDL (Low Density Hipoprotein) – Boleh mengenapkan kolesterol pada dinding saluran darah, menyumbat arteri-arteri serta meningkatkan risiko serangan jantung atau strok.
6 Makanan Sumber Kolesterol Tinggi
Daging
Produk tenusu
Ayam Goreng
Kentang Goreng
Aiskrim
Kuning Telur
Bacaan Kadar Kolesterol
Baik – 170 ke bawah
Pertengahan – 170 hingga 199
Tinggi – 200 ke atas
Kolesterol Dan Kanak-kanak
Selain daripada orang dewasa, kanak-kanak juga boleh mengalami kadar kolesterol tinggi (hiperkolesterolmia). Ini boleh menyebabkan masalah kesihatan apabila mereka dewasa.
Tiga sebab kanak-kanak mempunyai kolesterol tinggi:
Keturunan
Diet
Obesiti