Petua Hilangkan Cacing Pada Kanak-kanak

Selalu sangat kita dengar kanak-kanak mengalami masalah cacing. Perkara ini sangat membimbangkan ibu bapa. Ye la… ibu bapa mana yang tak risau kan bila anak mereka terkena cacing.

Sebenarnya, gejala cacingan pada anak atau penyakit cacing adalah disebabkan oleh parasit yang hinggap pada usus anak lantas menyebabkan gejala-gejala tertentu yang akan kami jelaskan secara mendalam dalam artikel ini.

Lebih membimbangkan, tanda penyakit cacing ini boleh merebak dari seorang kanak-kanak kepada yang lain.

 

Simptom Atau Tanda Penyakit Cacing

#1 – Perubahan tingkah laku 

#2 – Masalah tidur akibat rasa tak selesa 

#3 – Kurang selera makan 

#4 – Perut tak selesa dan perubahan warna najis

Bagi kanak-kanak perempuan, ada kemerahan di sekitar kawasan vagina

#5 – Dalam sesetengah kes, kanak-kanak mungkin kekurangan vitamin dan mineral. 

#6 – Lihat juga tanda lain seperti ada darah dalam najis, anaemia atau batuk kering. 

 

Anda boleh amalkan petua turun temurun ini untuk hilangkan cacing pada kanak-kanak. Mudah je… Cara ini anda boleh amalkan sendiri dirumah, hanya perlukan sediakan bahan-bahan berikut:

1. Asam keping

2. Garam

3. Air

 

Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk. Kemudian masukkan air dan rebus sehingga garam larut

 

Selepas itu, angkat dan campurkan dengan air biasa dan mandikan anak kita dua kali sehari setiap pagi dan petang. Amalkan selama dua atau tiga hari, akan ada perubahan pada anak. Selamat mencuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *