Petua Khasiat Asam Gelugur. Boleh Mulakan Dirumah Sahaja !

Setiap masakan yang melibatkan gulai pasti tak lengkap jika tak ada asam gelugur atau pun asam keping.. Betul tak?

 

#1 – Tahukah anda sebenarnya asam gelugur ini banyak khasiatnyanya antaranya adalah amalan memiminum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu, amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan. Ianya kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di eropah.

 

Petua 1

 

(1) Ambil satu atau dua keping asam gelugur dan masukkan ke dalam segelas air panas.

 

(2) Biarkan beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam.

 

(3) Minum setiap pagi dan malam.

 

(4) Jika di amalkan selalu Insyallah perut buncit akan mengempis.

Petua 2

 

(1) Bilas 3 keping asam gelugor dengan air bersih

 

(2) Masukkan dalam bekas minuman (botol air/tupperware 500ml-1 liter) rendamkan dalam air panas (tidak perlu tambah gula)Setelah suam, minum seperti minuman biasa, perlu diminum sentiasa. Sekiranya air habis cuba tambahkan air lagi. Jika hilang rasanya tukarkan dengan asam gelugur baru.

#2 – Mengubati Masalah Penghadaman.

 

Amalan perubatan India kuno (Ayurveda) menggunakannya untuk mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.

 

#3 – Merawat Masalah Perut

 

Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut.

 

#4 – Menurunkan Tekanan Darah.

 

Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi.

 

#5 – Merawat Sakit Telinga.

 

Perubatan melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

 

#6 – Melegakan Sakit Gusi.

 

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *