Khasiat Nanas Madu Untuk Kesihatan

Kebaikan nanas madu yang tengah viral sekarang ! Rupanya banyak khasiat untuk kesihatan badan. Antaranya ialah :

 

#1 – Melancarkan Pencernaan

 

Kandungan serat di dalam nanas bermanfaat untuk melancarkan proses pencernaan makanan yang masuk kedalam tubuh. Saluran pencernaan yang baik memastikan kandungan mineral dan vitamin yang terdapat dalam makanan anda dapat terserap oleh tubuh.

 

#2 – Mengurangkan rasa sakit sengugut

 

Haid atau menstruasi yang datang setiap bulan biasanya membawa rasa sengugut yang agak menyakitkan. Ada sesetengah orang akan berasa sakit di bahagian pinggan, rahim, dan rasa loya. Nanas madu dengan sifatnya yg kurang tajam dari nenas biasa mampu membantu anda mengurangkan sedikit rasa yang dialami semasa datangnya sakit sengugut.

 

#3 – Mengawal kadar kolestrol dalam badan

 

Vitamin C dan kandungan serat dalam nanas madu mampu mengimbangi serta mengawal kolestrol dalam badan serta dari faktor pemakanan yang kita ambil.

 

#4 – Memperkuatkan tulang

 

Tulang adalah salah satu organ yang penting bagi tubuh. Bagi menjaga kesihatan tulang dan membuat tulang anda tetap kuat , boleh cuba amalkan nenas madu kerana nanas madu dipercayai membantumemperkuatkan tulang.

 

#5 – Mencegah dari batuk yang berpanjangan

 

Kandungan Vitamin C yang tinggi didalam Nanas madu menstabilkan dan meningkatkan sistem imun tubuh untuk menapis berbagai macam virus yang mempengaruhi kesihatan badan. Selain itu, enzim bromelain didalam nenas madu mempunyai kelebihan untuk mencairkan lendir semasa anda menghidapi batuk berkahak.

 

#6 – Menjaga kesihatan gusi

 

Kandungan vitamin C yang tinggi dalam nanas madu membantu mencegah dari terkena penyakit gusi berdarah. Gusi berdarah lazim dihidapi oleh pesakit yang kurang vitamin C dalam badan.

 

Itu antara kebaikkan khasiat madu nanas yang sangat mudah untuk diperolehi sekarang dengan harga yang sangat berpatutan. Rasa nya yang lebih manis dari nanas biasa membuatkan nanas madu ini diminati ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *