KENAPA PERLU PILIH OAT DALAM DIET ANDA?
Sekarang oat menjadi makanan utama untuk orang yang sedang berdiet dan juga warga emas yang mahu menjaga kesihatan mereka. Sebenarnya oat sangat banyak kebaikkan yang boleh diperolehi untuk kesihatan yang lebih baik. Oat sesuai diambil pada waktu pagi sebagai sarapan dan untuk org yg sedang berdiet, sangat sesuai ambil pada waktu malam juga.
4 kebaikkan oat yang boleh anda perolehi :
#1 – Makanan yang paling mengenyangkan
Oat adalah makanan tinggi serat, jadi oat akan membantu memberi rasa kenyang yang berpanjangan dan sangat sesuai diamalkan ketika sahur utk berpuasa.
#2 – Sangat membantu untuk kurus dan diet
Oat ada nutrien yang sangat membantu untuk penghadaman yang lebih baik dan akan mengurangkan nafsu anda untuk makan makanan yang mencepatkan berat badan naik.
#3 – Membantu kurangkan kadar kolestrol
Salah satu nutrien penting dalam oat iala beta-glukan yang membantu mengumpulkan segala kolestrol yang tidak perlukan dalam badan.
#4 – Mengurangkan risiko sakit jantung
Sakit jantung sangat berkait dengan kadar kolestrol dalam badan. Sekiranya kadar kolestrol dikawal dengan pengambilan makanan yang betul, contohnya dengan oat. Kadar risiko untuk sakit jantung juga berkurang.